SYARAT PENYERTAAN

PENDAFTARAN

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan tiada had umur penyertaan.
2. Kategori larian adalah : FUN RUN dengan jarak 5 km.
3. Pendaftaran larian secara atas talian, sila klik sini.
4. Setiap pendaftaran akan menerima emel @ sms sebagai perakuan pendaftaran telah dibuat.
5. Tiada bayaran pendaftaran dikenakan ke atas penyertaan tetapi perlu membawa salah satu di antara barang kitar semula seperti berikut :
BARANGAN KITAR SEMULA KUANTITI MINIMUM
SURAT KHABAR 10 NASKHAH
ATAU
BOTOL PLASTIK 10 BOTOL
ATAU
TETRAPEK 10 KOTAK
ATAU
TIN ALUMUNIUM 10 TIN
6. Pendaftaran juga boleh dibuat melalui borang yang boleh dimuat turun di dalam sistem ini dan dihantar ke Ibu Pejabat Negeri / Pejabat Cawangan yang terhampir.
7. Tarikh tutup penyertaan : 31 MEI 2013.
8. Hadiah Cabutan Bertuah:
 
8.1 Hadiah Utama : Sijil Simpanan Premium bernilai RM 5,000.00 di setiap negeri.
8.2 20 orang peserta yang bertuah juga akan menerima hadiah yang sangat menarik dan lumayan seperti barangan elektrik dan barangan lain di setiap negeri.
9. Cenderahati penyertaan:
 
9.1 T-Shirt
9.2 Bib bernombor (digunakan untuk cabutan bertuah)
9.3 Sijil Penyertaan (dicetak melalui laman web Larian Kitar Semula ini)
9.4 Goodies Bag (berserta makanan ringan)