PENGENALAN

"AMALKAN KITAR SEMULA, SELAMATKAN BUMI KITA"

Program Larian Kitar Semula ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) sejak tahun 2011.
Pada tahun lepas, acara ini telah berlangsung pada 17 November 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk di Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya.
Pada tahun ini, Program Larian Kitar Semula 2013 akan diadakan sekali lagi di seluruh Semenanjung Malaysia (kecuali Negeri Perak, Selangor & Pulau Pinang) secara serentak.
Jom! Sertai larian bersama kami dan amalkan kitar semula.

Objektif Program

1. Menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti kitar semula.
2. Menyebarkan informasi dan meningkatkan kesedaran masyarakat dalam mengamalkan kitar semula.
3. Menerapkan budaya hidup sihat di kalangan masyarakat Malaysia.
4. Memperkenalkan fungsi dan peranan Perbadanan.

Kejayaan

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah berjaya memahat rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBR) pada 17 November 2012 di atas kejayaan dalam Largest Simultaneous Participation In A Run To Promote Recycle Campaign di 9 lokasi larian yang melibatkan 17,552 penyertaan.
    MBR
 

 

*Penganjur berhak membuat sebarang pindaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa.