![]() |
|
ROGER TAN KOR MEE, merupakan Ahli Anggota Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Beliau adalah rakan pengurusan utama firma guaman, Roger Tan & Nurul. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang dari Queen Mary College University of London, Barrister-at Law (Gray's Inn), London dan Sarjana Undang-undang, Universiti Nasional Singapura. Beliau adalah peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Agung Singapura. Selain Perbadanan, beliau juga merupakan Ahli Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Beliau turut merupakan anggota Majlis Penguam dari tahun 2004 hingga 2008. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Pengasas Persatuan Pengurusan Bahan Buangan dan Pensyarah Undang-Undang di Kajian Pengajian Perniagaan, Kolej Tunku Abdul Rahman. Beliau kini adalah Perunding Luar Undang-Undang untuk Kerajaan Negeri Johor sejak tahun 1993 dan pernah menganggotai Jawatankuasa Pemandu untuk deraf perundangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain daripada itu, beliau kerap menulis dan menyumbangkan pelbagai rencana bagi media-media asing mahupun tempatan. |
|
Jumlah Pembaca:: 2190
|