tambah asal tolak biru merah hijau

aduansisatollfreecallcenter

AZHAR BIN NORAINI

AZHAR

AZHAR BIN NORAINI, merupakan Pengarah Seksyen Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Beliau berkelulusan Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia telah memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Tatatertib dan Kenaikan Pangkat, Kementerian Tenaga Telekom dan Pos pada tahun 1988. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Imigresen Kota Kinabalu pada tahun 1992, sebelum berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Kewangan Perbendaharaan Malaysia, Sabah pada tahun 1994. Beliau ditukarkan ke Bahagian Pemuliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sebagai Penolong Setiausaha sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah pada tahun 2000 dan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M2 pada tahun 2001. Beliau mengikuti kursus Sarjana Sains (Alam Sekitar) di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2002 hingga 2003. Beliau kembali berkhidmat di Kementerian yang sama sebagai Ketua Penolong Pengarah sehingga tahun 2005 dan dinaikkan Pangkat ke Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M52 pada tahun 2006 sebelum dinaikkan pangkat lagi ke Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M54 pada tahun 2008. Pada tahun 2009 beliau telah dinaikan pangkat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik Gred Utama C di Seksyen Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Jumlah Pembaca:: 2744
kpktmyGOVmsc1malaysiamampujpabpaspr imems-iconjas sisa etos alamfloraswmsbidamanagromart jpbd jbpm jkt jln jpnjpspn

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Wisma UOA Pantai, Tingkat Mezzanine, 2, 3 & 4, No 11 Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A),
Peti Surat 12038, 59200 Kuala Lumpur


Tarikh Terakhir Portal Ini Dikemaskini: 06/06/2013