![]() |
|
YBHG. DATO' CH'NG TOH ENG, telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan pada 1 Jun 2008. Memulakan kerjaya sebagai guru, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Akhbar dan Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebelum bersara, beliau merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari tahun 1995 hingga 2008. Selain daripada menjadi Anggota Perbadanan, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Konsultan Time Galaxy (M) Sdn. Bhd dan Pengarah Port Klang Free Zone Sdn. Bhd. Kini beliau juga merupakan Naib Pengerusi Mubarak Malaysia Cawangan Negeri Selangor. |
|
Jumlah Pembaca:: 2567
|