![]() |
|
YBHG. DATUK HAJI ZAINI BIN MD NOR, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA pada 11 Febuari 2008. Beliau yang mempunyai kelulusan dalam bidang ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan Mantan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Beliau telah memulakan karier sebagai penjawat awam pada tahun 1985 di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka sehingga menjawat jawatan sebagai Pengurus Besar. Selain tugas rasmi di PPSPPA, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa anak syarikat kerajaan negeri Melaka dari tahun 2000 hingga 2008 dan Pengerusi Asia Cities Against Drugs dari tahun 2005 hingga 2007. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2008 sehingga kini. |
|
Jumlah Pembaca:: 4836
|