![]() |
|
Dr. Zulkifli Abdul Rahman, telah dilantik sebagai Anggota Perbadanan pada 1 Februari 2012. Beliau kini merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pemegang Ph.D dari Universiti of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom telah memulakan kerjayanya pada 1982 sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar di Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Kemudian pada tahun 1992, beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah. Di antara jawatan lain yang pernah disandang oleh beliau adalah Ketua Seksyen Pengawasan Air di Jabatan Alam Sekitar Malayisa pada tahun 1998 dan Ketua Kawalan Seksyen Sungai pada tahun 2001 di jabatan yang sama. Pada tahun 2003, beliau telah ditugaskan di Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang sebagai Pengarah. Tugas beliau diteruskan lagi sebagai Pengarah di Institut Alam Sekitar Malaysia Bangi pada tahun 2005. Beliau turut pernah menjadi Pengarah di Jabatan Alam Sekitar Johor pada tahun 2007 dan Pengarah Penguatkuasaan di Jabatan Alam Sekitar Malaysia pada tahun 2011. |
|
Jumlah Pembaca:: 2264
|