tambah asal tolak biru merah hijau

aduansisatollfreecallcenter

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan sisa pepejal

Definisi Sisa Pepejal Mengikut Akta 672 :

a) Apa- apa bahan sekerap atau bahan lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses

b) Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak

c) Apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang bertulis lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk dilupuskan
     

    Apakah yang dimaksudkan dengan pembersihan awam

    Definisi Perkhidmatan Pembersihan Awam Mengikut Akta 672 :

    a) Membersihkan jalan awam, tempat awam, tandas awam dan longkang awam.


    b) Membersihkan :

    i. Pusat penjaja kecuali medan makan yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian dan
    ii. Pasar kecuali pasar yang dipunyai dan di senggarakan secara persendirian.


    c) Membersihkan sisa pepejal terkawal yang dibuang dengan menyalahi undang-undang di atas jalan awam dan di tempat awam.


    d) Membersihkan pantai.


    e) Memotong rumput di tepi bebendul jalan awam.


    f) Memotong rumput ditempat awam.


    g) Mengalihkan bangkai


    * Tidak termasuk pelandskapan dan penyenggaraan jalan awam dan tempat awam.

     

    Adakah sisa kumbahan termasuk dalam kategori sisa pepejal

    Tidak. Sisa kumbahan tidak termasuk dalam kategori sisa pepejal.

     

    Kenapa Perbadanan ini diwujudkan?

    Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Ia ditubuhkan melalui Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 673). Perbadanan ini merupakan organisasi yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir dan menguatkuasa Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

     

    Apakah akan berlaku selepas Akta 672 dikuatkuasakan?

    Akta 672 telah memberikan kuasa untuk Kerajaan Persekutuan mengambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah – wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Pelaksanaan Akta 672 dan peraturan – peraturan yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembesihan awam akan mencetuskan satu perubahan besar dalan modus operandi pengurusan sisa pepejal dan pembesihan awam di Malaysia.

    Selepas Akta 672 dikuatkuasakan, semua kerja – kerja pengurusan sisa pepejal dan pembesihan awam akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Perbadanan. Perubahan ini melibatkan pengambilalihan dengan serta merta tanggungjawab pengurusan sisa pepejal dan pembesihan awam daripada semua PBT. Ini adalah kerana PBT tidak mempunyai kuasa dari segi undang – undang untuk mengendalikan kerja – kerja kutipan dan pelupusan sampah serta perkhidmatan pembersihan awam seperti membersihkan jalan, tempat awam, tandas awam dan longkang. Perbadanan akan mengambil alih pengurusan dan operasi semua tapak pelupusan yang diuruskan oleh PBT termasuk mengenalpasti dan menilai tapak pelupusan sanitari, stesen pemindahan, teknologi insinerator dan pengurusan loji.

     

    Apakah fungsi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

    a) Mengesyorkan dasar, perancangan dan strategi perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

    b) Melaksana, menggalakkan penyertaan dan mempertingkatkan kesedaran orang awam mengenai program kesedaran dan perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

    c) Menerapkan amalan kitar semula dan pengasingan sisa disumber secara sistematik disamping menekankan cici-ciri pembangunan yang mampan meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial.

    d) Memproses permohonan baru, pembaharuan dan pembatalan/penggantungan lesen pembekal perkhidmatan pengurusan sisa pepejal sehingga pengesyoran kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

    e) Mengawalselia prestasi syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

    f) Mengenalpasti teknologi yang mesra alam, selamat dan kos efektif serta menjalankan penyelidikan berhubung dengan pembangunan perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

    g) Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

     

    Apakah faedah yang akan diperolehi masyarakat dengan wujudnya Perbadanan ini

    Satu sistem Pengurusan Sisa Pepejal (PSP) yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif, lestari dan diterima masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar, pemilihan teknologi yang mampu bayar dan menjamin kesihatan awam akan diwujudkan.

     

    Syarikat konsesi manakah yang terlibat dalam perkhidmatan sisa pepejal dan pembersihan awam

    a) Alam Flora Sdn Bhd

    b) Southern Waste Management Sdn. Bhd (SWM)

    c) E-Idaman Sdn. Bhd.

     

    Berapakah jumlah tapak pelupusan yang terdapat di Semenanjung Malaysia

    Jumlah tapak pelupusan yang terdapat di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 107 buah.

     

    Adakah pejabat Perbadanan ada di seluruh Malaysia

    Tidak. Pejabat-pejabat Perbadanan cuma terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja.

     

    Bagaimanakah untuk menghubungi Perbadanan

    Orang ramai boleh menghubungi Perbadanan di talian 03-22459292 atau emelkan semua pertanyaan di This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

     

    kpktmyGOVmsc1malaysiamampujpabpaspr imems-iconjas sisa etos alamfloraswmsbidamanagromart jpbd jbpm jkt jln jpnjpspn

    Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
    Wisma UOA Pantai, Tingkat Mezzanine, 2, 3 & 4, No 11 Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A),
    Peti Surat 12038, 59200 Kuala Lumpur


    Tarikh Terakhir Portal Ini Dikemaskini: 19/06/2013