| ◊ |
Bertanggungjawab untuk menyelaraskan perlaksanaan dan perancangan strategik Pengurusan Sisa Pepejal secara bersepadu berdasarkan pelan-pelan yang dipersetujui oleh Kerajaan.
|
| ◊ |
Mengurus dan menyelaras lawatan-lawatan dari dalam dan luar negeri.
|
| ◊ |
Merancang, mengurus dan melaksanakan program-program penerbitan dan penyebaran maklumat untuk Perbadanan.
|
| ◊ |
Bertanggungjawab menyelia dan menyemak program – program kualiti seperti menguruskan Hari Q, TQM, KMK serta menyediakan kertas – kertas dasar pengurusan kualiti di PPSPPA.
|
| ◊ |
Menyelaraskan pelaksanaan dasar – dasar dan perancangan strategik PPSPPA secara bersepadu berdasarkan Pelan Tindakan Strategik yang telah diluluskan melibatkan keperluan sumber dan pengurusan data.
|
| ◊ |
Menerima, merekod dan menyelaraskan semua aduan awam yang diterima dan dilakukan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan.
|
| ◊ |
Memberi input ke atas jawapan untuk soalan Parlimen, maklumbalas mesyuarat, Jemaah Menteri, Nota Jemaah Menteri dan kertas – kertas Dasar kepada JPSN untuk pertimbangan agensi pusat.
|
| ◊ |
Merancang, mengurus dan melaksanakan program penerbitan dan penjelasan maklumat untuk PPSPPA.
|
| ◊ |
Menyedia dan menerbitkan Laporan Tahunan dan lain – lain risalah PPSPPA.
|
| ◊ |
Menguruskan hal – hal perhubungan awam dan media.
|
|