|
Fungsi Seksyen One Stop Centre (OSC)
|
- Menyediakan dan menyelaras Garis Panduan Keperluan Pengurusan Sisa Pepejal bagi pembangunan baharu untuk digunapakai kepada setiap permohonan.
- Menerima dan menyemak berkenaan keperluan pengurusan sisa pepejal untuk permohonan pembangunan baharu bagi Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (PB) dengan merujuk senarai semak permohonan dan seterusnya memberi maklumbalas kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pemohon.
- Memantau permohonan – permohonan yang diproses di peringkat negeri (Ibu Pejabat Negeri/Cawangan).
- Memberi latihan dan khidmat nasihat di peringkat Negeri/Cawangan berkenaan Garispanduan Keperluan Pengurusan Sisa Pepejal bagi pembangunan baharu.
- Menghadiri mesyuarat OSC yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
|
| |
|
Fungsi Seksyen Fasiliti
|
- Menyedia, mengurus dan menganalisa data-data, pelan, rekod senarai aset fasiliti seperti tapak pelupusan sanitari dan tidak sanitari, insinerator, stesen pemindahan, Refuse Derived Fuel (RDF) dan Material Recovery Facility (MRF).
- Menyedia, menyelaras dan menyemak deraf perjanjian kontrak operasi dan penyenggaraan fasiliti pengurusan sisa pepejal.
- Menyediakan garis panduan kawalselia, Key Performance Indicator (KPI), Standard Operation Procedure (SOP) dan pemeriksaan operasi fasiliti bagi digunapakai oleh semua operator fasiliti.
- Membuat perancangan dan pengesyoran keperluan fasiliti akan datang berdasarkan pembangunan kawasan baharu/skim/penjanaan sisa.
- Melaksanakan pemantauan dan pengauditan terhadap operasi fasiliti.
|
|