Meningkatkan tahap kesedaran dan kepentingan aktiviti kitar semula kepada peringkat awal kanak–kanak melalui program Bank Kitar Semula di Tadika dan Sekolah.
Menggalakkan para pelajar menabung melalui hasil jualan kitar semula.
Meningkatkan penglibatan pelbagai pihak seperti NGO's, agensi kerajaan, dan persatuan penduduk melalui aktiviti kitar semula di komuniti.
Mengeratkan silaturrahim di antara penduduk dan menjana pendapatan penduduk.
Menggalakkan orang awam mengamalkan kitar semula sambil ke pasaraya untuk membeli belah melalui Program Drive-Thru 3R di Mydin Mall.
Menggalakkan pekerja di pejabat mengamalkan aktiviti kitar semula melalui program kitar semula di pejabat kerajaan.