Hang Tuah Jaya merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan Melaka pada 19 Januari 2006. Hang Tuah Jaya meliputi kawasan seluas 144.6 km persegi dan mempunyai seramai 114,732 orang penduduk. Kawasan pentadbiran Hang Tuah Jaya melibatkan tiga (3) daerah iaitu sebahagian daripada daerah Melaka Tengah, sebahagaian daripada daerah Alor Gajah dan sebahagian daripada daerah Jasin.
Berdasarkan Sumber dari Hang Tuah Jaya Planning Studies, 2007, populasi di Hang Tuah Jaya adalah sebanyak 128,600 manakala kajian yang dijalankan oleh DANIDA, kadar penjanaan sisa pepejal sehari bagi Hang Tuah Jaya adalah sebanyak 1.33 kg per kapita per hari. Oleh yang demikian dijangka bahawa janaan sisa pepejal bagi Hang Tuah Jaya adalah sebanyak 171 tan sehari dan sisa pepejal tersebut dilupuskan di Tapak Pelupusan Kerubong Melaka.
