tambah asal tolak biru merah hijau

aduansisatollfreecallcenter

Ketua Pegawai Eksekutif

datuk-new ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke Laman Web rasmi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. PPSPPA telah ditubuhkan pada 1 Jun 2008 dan bakal melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) bermula pada 1 September 2011. Fungsi utama Perbadanan adalah untuk merancang dan melaksanakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara ini secara menyeluruh bagi memberikan perkhidmatan yang seimbang dan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

Laman web PPSPPA adalah selaras dengan perubahan dalam bidang teknologi informasi di mana teknologi maklumat dan komunikasi mengambil tempat yang utama dalam menyebar dan mendapatkan maklumat. Teknologi maklumat kini merupakan alat penting yang dapat meningkatkan keberkesanan organisasi dalam menjalankan fungsinya serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih cekap dan cemerlang.

 

Dengan wujudnya laman ini, ia diharap dapat meningkatkan lagi pengetahuan umum mengenai Perbadanan, fungsi-fungsi, tanggungjawab serta program – program dan aktiviti – aktiviti yang dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sesungguhnya dengan adanya laman web ini, ia akan menjadi platform kepada semua untuk memberi cadangan dan pendapat serta maklumbalas yang membina agar dapat meningkatkan mutu perkhidmatan Perbadanan ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Haji Zaini bin Md. Nor

 
Jumlah Pembaca:: 1553


Tarikh Terakhir Laman Web Ini Dikemaskini: 17/05/2012