|
Fatimah Bt. Haji Ahmad FATIMAH BT HJ AHMAD telah dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Negeri pada 5 Mei 2009.Beliau diberi tanggungjawab untuk menguruskan Ibu Pejabat Negeri Pulau Pinang selama 2 tahun.Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Pengurusan di Universiti Sains Malaysia.Beliau telah memulakan karier pada tahun 1984 berkhidmat di Majlis Perbandaran pulau Pinang sebagai Pegawai di pelbagai Jabatan seperti Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Unit Kemajuan, Tindakan Tatatertib, Bahagian Tender serta Pegawai Khas untuk Pengurus FIZ (Free Industrial Zone). Beliau pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak 3 kali semasa Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia.Beliau juga telah dipilih sebagai Pengerusi Biro Promosi Kelab Sukan Dan Kebajikan (KESISMA).Kini, beliau ditugaskan untuk menguruskan Ibu Pejabat Negeri Terengganu bermula 15 Ogos 2011. HUBUNGI : |
|