|
Dato' Afandi Bin Hamzah DATO' AFANDI BIN HAMZAH, mula berkhidmat di Perbadanan pada 1 Disember 2008 dan dilantik sebagai Pengarah Negeri Kelantan. Mendapatkan pendidikan dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan Penggubalan Undang-undang dari Regulation of Investigatory Powers Act (RIPA), United Kingdom. Beliau juga telah diterima masuk oleh Mahkamah Tinggi Malaysia sebagai Peguambela dan Peguamcara. Sebelum berkhidmat di Perbadanan, beliau merupakan Pengarah Undang-undang di Majlis Perbandaran Kota Bahru dan pada masa yang sama turut memegang jawatan Setiausaha Eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Malaysia (MALA). Selain tugas-tugas rasmi di Perbadanan, beliau merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Kelantan. HUBUNGI : |
|