tambah asal tolak biru merah hijau

aduansisatollfreecallcenter

YBHG. DATUK ARPAH BINTI ABDUL RAZAK

datuk-arpah

YBHG. DATUK ARPAH BINTI ABDUL RAZAK, berkelulusan Ijazah Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia dan menyambung pelajaran dalam Master of Planning di Universiti of Southern California Los Angeles, USA. Beliau juga mempunyai Diploma Pentadbiran Awam dari INTAN dan mempunyai sijil dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti of New South Wales, Australia. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai penjawat awam pada tahun 1978 sebagai Pegawai Tadbir di Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan menjadi Penolong Setiausaha di Kementerian Pendidikan pada tahun 1979. Sebelum menyambung pelajarannya, beliau telah berkhidmat di INTAN sebagai Pegawai Kanan Projek. Beliau meyambung semula kerjanya sebagai Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Latihan di Jabatan Perkhidmatan Awam dan pernah menjadi Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya pada tahun 2000. Seterusnya, beliau berkhidmat di Perbadanan Putrajaya sebagai Pengarah Korporat. Bermula pada tahun 2006 beliau telah berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan. Seterusnya, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) KPKT pada 2011 dan mulai pada 3 April 2012 beliau telah dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jumlah Pembaca:: 7086
kpktmyGOVmsc1malaysiamampujpabpaspr imems-iconjas sisa etos alamfloraswmsbidamanagromart jpbd jbpm jkt jln jpnjpspn

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Wisma UOA Pantai, Tingkat Mezzanine, 2, 3 & 4, No 11 Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A),
Peti Surat 12038, 59200 Kuala Lumpur

 

Tarikh Terakhir Portal Ini Dikemaskini: 17/05/2013