|
Pengurangan bermaksud mengurangkan dan mengelakkan daripada membeli barang yang tidak diperlukan. Ianya juga bermaksud pencegahan/pengurangan sisa atau pengurangan sumber dimana penggunaan dan pembuangan barang-barang dikurangkan. Ini termasuklah :
MENGAPA KITA PERLU MENGURANGKAN SISA? Pengurangan sisa sebenarnya adalah satu cara untuk mengelakkan penghasilan sisa, jadi ianya merupakan kaedah yang sesuai dalam pengurusan sisa serta dapat memelihara alam sekitar. CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN SISA. a) Mengurangkan penggunaan plastik. 1/3 daripada komposisi sisa ialah bahan plastik pembungkus.
b) Apabila anda membuat sedikit perubahan pada senarai pembelian, secara tidak langsung anda mengurangkan jumlah sisa yang dihasilkan dari rumah atau sekitarnya.
c) Anda boleh mengurangkan jumlah sisa yang terhasil dengan memilih jenis sisa yang dibuang. Ini adalah satu proses yang senang dan mudah dimana anda hanya perlu mengikuti panduan mudah seperti di bawah bagi mengurangkan sisa anda di rumah, sekolah ataupun di tempat kerja. Beli apa yang anda perlu Beli barang yang boleh digunakan semula Beli pembersih rumah serba guna Beli barangan dalam bungkusan yang sedikit Jual atau derma barang — barang yang tidak diperlukan Mengurangkan penggunaan kertas dengan membatalkan surat yang tidak diperlukan Kita dapat mengurangkan penggunaan kertas dengan membayar bil secara on-line. Mengurangkan pembelian produk yang mengandungi bahan-bahan merbahaya Kebanyakan barang-barang berbahaya seperti racun perosak tidak boleh dikitar semula kerana mengandungi bahan kimia. Kurangkan membeli barang-barang berbahaya seperti ini. Sebolehnya beli barang yang tidak bertoksik Kebanyakan barang yang bertoksik seperti minyak motor dan racun pemusnah serangga tidak boleh digunakan semula. Cari kaedah selamat bagi barangan rumah yang merbahaya
|